Friday, February 8, 2013

http://www.smileycodes.infoCiri Suami Awesomehttp://www.smileycodes.info

Ini entri mengenai ciri suami Awesome, mengikut pandangan Ustaz Azhar Idrus(UAI)...Kalau tak kenal UAI tu siapa, pergilah bertanya kepada En.Google yea ^_^
1. Solat fardu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh hantar ke tempat kerja. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantik. Honda EX5 olrite sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tak ada la sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia faham kamu, kamu faham dia. Sehati sejiwa gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
 
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni okay... “Ehemm..ramainya kawan laki dekat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun tak apa, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak ada la sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tak ada la sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi juga dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok YouTube Ustaz Azhar Idrus mengajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dia ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cun, duduk  tengok bini dia je walaupun bini dia tak cun *Tak cun tak apa, boleh tutup lampu*
  
p/s:-
Kalau jumpa dan yakin dia belum hak wanita lain, lamar lelaki jenis ini! Hehe ^_^

2 comments:

Nurul R'roll said...

thank you for this entry =) i think , i dah jumpa . haha

Haniey Jamaluddin @ http://hanizzaq.blogspot.com/ said...

welcome dear :)
u dah jumpa?
waaaa!!! baguslah!!
congrate yea ! :)
hehe