Sunday, February 10, 2013

http://www.smileycodes.infoPesanan Seorang Bapa Kepada Anak Perempuannyahttp://www.smileycodes.info

 Pesanan  seorang bapa yang digelar sebagai Imam Al-Ghazali kepada anak perempuannya di hari perkahwinan gadis berkenaan.
Pesanan ini  diberikan  dengan harapan sedikit sebanyak memberi impak positif dalam kehidupan rumah tangga anaknya.

Anakku!
Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan.......
Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,
Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya.
Itulah suamimu,
Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai langitmu.
Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia dapat kau jadikan tiangmu.
Jadilah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya, nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.
Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya.....
Dengan cara demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.
Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau,
Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu,
maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah,
Peliharalah hidung, telinga dan matanya.....
Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu
Daripadamu melainkan yang harum,
Janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu
Daripadamu melainkan yang baik,
Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu
Daripadamu melainkan yang cantik belaka...
 ~SEMOGA MENJADI ISTERI SOLEHAH~

P/S:-
Tahniah buat kak sepupu saya (Amirah)dan abang  Al-Fattahi yang  baru sahaja melayari bahtera berumah tangga sebentar tadi. Moga mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah.

No comments: