Thursday, February 14, 2013

http://www.smileycodes.infoTest JPJhttp://www.smileycodes.info

Alhamdulillah , akhirnya semalam 13 Februari 2013 saya (Hani Jamaluddin)  dah lulus test JPJ. HAHA(!) Walaupun semalam rasa jantung dah nak terkeluar dah tetap bersyukur sebab tak perlu buat apa-apa ulangan. Masa test tu, ada juga terjumpa kawan-kawan yang 30 Januari 2013 hari tu ambil test dan mereka kena buat ulangan sebab dapat JPJ straight sangat-sangat sampai tak nak senyum langsung. Selamat  JPJ kali ni, boleh kata okay la juga. . .masih boleh senyum lagi time bagi kertas test tu.  

Masa tengah test untuk jalan raya, saya dapat seorang abang JPJ muda . . . Masa pergi sampai masa nak balik mulut diaaaaa perrrghhhhh!! Bising 24 jam. . . Disebabkan saya ni suka buat kepala sendiri, setiap apa yang di cakap saya buat tak tahu dan balas sikit dalam hati ! HAHA(!) Nampak agak kurang ajar kan? Tapi peduli apa. . . kalau tak balas pun mulut dia dok memekak cakap tu cakap ni, cuba la bayangkan kalau di balas apa dia cakap. . . conform  la bertambah  bising  lagi mulut dia kan?  Kira balas dalam hati adalah cara terhormat la tu. . .Kalau bersuara gagal pulak la saya ni nanti. . .

Mulut dia . . .

“Eh! Pe hal bagi signal awal sangat? Simpang tu tak lari la, yang selalu sangat bagi signal awal-awal tu kenapa? ”

Hati saya. . .

Eh! Cikgu aku ajar dulu bagi signal dekat sini, kira okay la aku nak bagi signal. . . biaq p la aku bagi signal lebih dari 3 saat pun. . . Haiishh…kereta depan pun dah bagi signal elok je, tak mungkin cikgu aku silap . Aku percaya cikgu aku lebih dari aku percaya kau! HAHA(!) Kau nak trick aku bagi aku gagal kan, kan? HEHE. . . Sorry kau silap orang.

Mulut dia. . .

“Cuba la bawak kereta ni laju sikit! Nanti ada kereta nak bawak 30km/j jugak ke? Sini bukan kawasan sekolah, kawasan sekolah dan hospital depan sana tu.”

Hati saya. . .

Ceh! Biar lambat asal selamat. . . jap g , aku tibai bawak laju-laju sangat pastu  accidents, langgar siapa-siapa ,siapa nak jawab? Dah la dekat depan lagi sikit kawasan sekolah dengan ada bumper. . . bayang sekolah pun dah mula nampak. . .So, ni aku tengah ambil langkah awal la ni. . . Cikgu aku tak pernah pun marah kalau aku dah start slow dekat area kawasan ni.. Takpe. . .takpe. . .abang JPJ tak tahu ek? Nanti aku lulus lepas tu, aku belajar elok-elok , aku ajar kau pulak ek cara yang betul memandu  nanti ! HAHA(!)

Mulut dia. . .

“Haiisshh…cuba la tukar gear atau angkat hand break  tu cepat sikit. . .”

Hati saya. . .

Wei ! Nak suruh tukar gear cepat-cepat tapi gear ni pun aku kena tolak bagai nak gila. . .hand break ni pun ketat gila tau tak? Lantak kau la nak membebel, janji aku lulus. HAHA(!)

Mulut dia. . .

“Eh! Pe hal jauh sangat berhenti ni..ke depan sikit kereta tu…”

Hati saya. . .

Wahai abang JPJ, cikgu aku pesan pastikan kita boleh agak dalam 1 kereta boleh duduk depan kita, kau tak nampak ke tadi ada motor lalu depan kita. . . muat-muat  je kan. . .kira aku betul la ni, aku tahu kau suka nak jumpa aku lagi kan ? sebab tu kau asyik cari salah aku . HAHA(!)


Alhamdulillah , akhirnya saya lulus dengan markah 18/20. . . 2 markah lagi kena potong maybe sebab abang tu ada tolong  tekan break  sebab tak perasan hand break tak angkat sampai habis . Hehe. Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak kepada cikgu-cikgu yang mengajar dan abang JPJ.

Paling tak tahan. . .masa nak turun kereta tu abang tu boleh  bagi nasihat berjela-jela tapi kali ni tak menjawab dalam hati dah sebab dah dapat kertas lulus kan? HAHA(!) Lepas tu, abang tu pun cakap. .

“ cara pemanduan dah okay dah tapi perbaiki lagi bila bawak kereta sendiri. Muka macam Ainan Tasneem kan?”

Ainan Tasneem?

HAHA(!) Saya tergelak dekat situ jugak. Lepas tu, cakap terima kasih dan tamat sudah penanti untuk dapat lesen kereta yang asyik tertangguh-tangguh sekian lama ^_^ *tak sangka abang JPJ yang kuat membebel tu pun ambil tahu fasal artist kan? HAHA(!)*

No comments: