Monday, March 4, 2013

http://www.smileycodes.infoRutin Baruhttp://www.smileycodes.info

Hye baby! Hari ni kepala otak aku ting tong tahap ngaban sikit. Hehe. Aku tak tahu la kenapa tapi kita abaikan je la kan. Buang masa je kalau kita fikir banyak-banyak kali tapi langsung tak dapat jawapan. Main point aku hari ni, aku nak cakap yang aku semakin suka life aku yang sekarang tapi bukan disebabkan aku dah ada orang baru dalam hidup aku.

 Alhamdulillah, kehidupan aku dah lebih baik dari dulu. Habis SPM, lama juga aku jadi penganggur terhormat disebabkan aku ni selalu sangat tangguh-tangguh kelas memandu aku tapi apa pun alhamdulillah aku dah berjaya juga dapat lesen. Lepas habis ambil lesen aku pun mengekor la kakak  aku stay dekat Putrajaya. Niat-niat awal nak duduk kejap je, lama-lama aku duduk Putrajaya semata-mata nak jaga anak buah aku. HAHA(!) Bagus tak aku? HAHA(!)

Aku dah lama tak jumpa anak-anak buah aku sebenarnya. Tahun 2012 memang mencabar keimanan dan kesabaran aku. Mana tak nya, orang balik kampung , aku dok terperap dekat sekolah menghadap segala buku yang ada disebabkan aku ni meng-gedik sangat pergi ambil banyak-banyak subjek. *padan muka aku masa tu*. Ada masanya, aku menangis sorang-sorang sebab bila masa nak exam tu, sampai aku terfikir kenapa dan mengapa semua orang nak kahwin la, bertunang la, buat cukur jambul la, buat tahlil la dan sebagainya time aku nak exam. TENSION! Ada masanya, situasi macam tu buat aku nangis sebab aku rindu nak keluar dari kepompong buku-buku yang tebal.

Tahun lepas, aku tahan diri dari pegang fon walaupun mata aku selalu tertarik tengok kawan-kawan yang relax pegang fon tapi result diorang tak pernah mengecewakan. Kadang-kadang, aku terfikir pasal otak diorang. Sampai aku pernah terdetik dalam hati aku suatu ayat yang lebih kurang macam "Subhanaallah, dahsyat betul la ciptaan ALLAH yang ada depan aku ni ! Luar biasa betul. Tak payah study, main-main dalam kelas, kerja sekolah tak pernah siap, assigment  main copy paste je tapi bila result sampai dekat tangan. Fuhhhh! kalah result orang study tak tidur malam." Aku memang jealous pasal ni tapi takpe la kan, apa pun jadi aku  bersyukur dengan segala kurniaan tuhan pada aku. Bukan semua yang kita nak baik untuk kita kan?

Huh! Bermula petang semalam aku buat rutin baru iaitu iron baju sekolah tapi bukan untuk aku macam dulu. Sekarang aku iron baju anak buah aku sebab mak dia kena pergi kursus dan nenek serta moyang dia kena balik kampung atas urusan tertentu. So, pagi-pagi lagi aku dah bangun tengok dekat dapur pergi bancuh air milo untuk sarapan dia. Dah siap bancuh milo, azan pun berkumandang. Jadi , aku terus kejut anak buah aku dan suruh dia mandi. Habis je azan, dia pun pergi balkoni ambil tuala dia dan terus mandi, pakai baju sekolah dan solat !  Bagus betul anak buah aku. HAHA(!) 

Tapi kan, FH (future husband) aku kata aku dah macam praktis nak jadi mak orang. Aku? Praktis? Mak orang? Omyygosshhh~ Gila betul! HAHA(!)

Result dah nak keluar ni, doakan aku tau kawan-kawan. Semoga korang berjaya dalam apa je yang korang buat. InsyaALLAH! (^_^)

No comments: