Sunday, March 24, 2013

http://www.smileycodes.infoTetibe jehttp://www.smileycodes.info

 
Alhamdulillah, dah dapat pun semula blog kesayangan aku ni balik. Hihi. Aku ingat facebook aku je orang nak hack *orang hack bukan sebab aku HOT di laman muka buku tu ye, orang hack aku sebab orang tu ex aku yang terhegeh-hegeh nak control aku. Konon-konon kata anggap aku ni adik dia, jadi wajarlah untuk dia jaga aku tapi bila aku tanya dia pernah tak hack facebook adik dia sendiri terus senyap je. Haiisshh..manusia-manusia.* Di luar jangkaan aku, rerupanya ada juga la orang yang sudi meng-hack blog aku yang "SANGAT famous "sampai sekali sebut je satu dunia ni tak tahu . HAHA(!)

Aku ni bukanlah seorang blogger yang rajin nak berceloteh macam dulu lagi. Ini kerana saya yang bergelar HANIEY JAMALUDDIN sedang berusaha mengawal diri saya daripada terus bercakap atau berkongsi kisah peribadi saya di laman sesawang. *aku tengah dok buat ayat skema apa entah. hihi.* Antara sebab aku buat macam tu ialah sebab aku tahu aku tak HOT, tak FAMOUS , dan rating blog aku tak sehebat blog Kak Hanis Zalikha atau Abang Wan Hazel.

Di keheningan malam ni *actually, tak malam sangat la kan kalau pukul 2 or 3 pagi. Hehe.*, aku terfikir "KENAPA HARUS BLOG AKU DI HACK?" atau "ADAKAH AKU SORANG JE YANG BARU PERASAN AKU KENA HACK?". Jadi aku pun, cari la maklumat dekat google pasal si geng hacker yang blog hack aku. Akhirnya, aku jumpa satu blog yang buat aku puas hati. Hihi. Melalui blog Sis Kina (^_^) , aku tahu la dah apa tujuan geng hacker ni. So, aku pun ambil langkah mudah macam yang aku selalu buat untuk pujuk hati aku yang entah macam mana entah time tu. *taking easy, make it simple, and let it go*. 

Jadi dengan tak tahu nak buat apanya, aku pun call si Ir.Aiman tapi ayat dia macam senget je. Haissh...

Aku : Youuuu...blog I tak boleh nak view , bila view je keluar cyber IT crew je..
Dia  : Memang dari hari tu macam tu, I try view tapi tak boleh.
Aku  : Hari tu ? Bila? Kenapa tak bagi tahu?
Dia : Minggu lepas kot akhir I bukak  I tengok macam tu je pastu I dah malas dah nak bukak  blog you pasal tu la sebab tu I tanya you, you taknak bukak blog baru you ke? HAHA(!)

Ceh! Saje nak perli aku. Jadi, aku pun tahan la anak mama aida dan abah mohd arifin aku dari tidur. Aku tahan dia tapi aku tak cakap dengan dia pun sebab aku sibuk dok set up balik blog aku. Hehe. *Kesian dia * 

Okay! STOP cakap pasal personal kau ye HANIEY JAMALUDDIN.


Ni aku sediakan la sedikit gambar kenangan blog aku di HACK. Hehe. Oh! sebelum terlupa, aku nak cakap yang link tu aku blurr-kan sebab aku letak gambar tu dekat twitter dulu sebelum aku updated dekat blog aku ni. Hehe. Biasa la, dekat twitter kita tak boleh nak tapis orang yang nak follow kita kan? Jadi aku takmo la orang tahu siapa aku yang sebenar-benarnya 100% aku. Aku letak tab twitter dekat  blog sebab at least aku tahu yang orang tu wonder nak kenal aku , bila dia mention nama aku dan ajak aku share cerita dengan dia. Hihi.

okaylah! time to ressstttt. jumpa lagi bila aku rajin nak menaip ye. Hehe. Take care yea semua. ^_^

No comments: