Saturday, April 6, 2013

http://www.smileycodes.infoAku Tunangan Orang?http://www.smileycodes.info

Hye ! Hari ni Haniey nak share sikit mengenai topic menjadi tunangan orang. Sebenarnya menjadi tunangan orang boleh terjadi dalam keadaan yang kita sendiri tak pasti atau keadaan yang kita rasakan boleh di ambil mudah. Status menjadi tunangan orang bukannya hanya terjadi apabila majlis pertunangan diadakan sahaja. Tak percaya? Baca entri ni dan anda akan percaya maksud Haniey. InsyaALLAH.

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

sumber:ILuvIslam.com

So, adakah awak telah menjadi tunang kepada seseorang? Hanya awak je yang tahu (^_^) Moga sentiasa bahagia.

 

No comments: