Saturday, April 13, 2013

http://www.smileycodes.infoDilema lepas SPMhttp://www.smileycodes.info

 
Hai semua! Moga hari ini lebih baik dari semalam. In Shaa Allah. Dulu masa lepas habis SPM lega tak terkata tapi sekarang lepas result dah keluar ada sedikit keresahan di hati. 

Aku bukan seorang pemegang keputusan A berderet setiap kali exam, kalau result aku A berderet mungkin aku masih mampu goyang kaki tersenyum dan menunggu dengan penuh sabar tawaran dari mana-mana pihak yang berminat dengan result aku macam apa yang manusia di sekeliling aku dapat.
tak perlu click bagi besar k..
Aku bukan jenis senang nak rapat dengan orang, jadi bila aku rapat  dengan mereka tu memang aku rapat sangat-sangat  la. Aku mengaku walaupun kawan-kawan aku ramai perempuan berbanding lelaki tapi yang lelaki tu la aku banyak kongsi cerita berbanding kawan-kawan perempuan.

Sebelum result keluar lagi, aku dah tengok ramai kawan-kawan aku dari MRSM melompat masuk ke alam pengajian tinggi bagi menjalani kursus ASASI PERUBATAN ataupun ASASI KEJURUTERAAN di bawah tajaan JPA & MARA. Aku cemburu sangat-sangat! Ada yang lagi hebat, dah pun terbang ke negara-negara jiran, eropah dan timur tengah  untuk menyambung pelajaran. Aku makin tertekan bila tengok keadaan macam ni.

Lepas result keluar, jangan cakap la kan. Semua sibuk bertanya pasal result, makin terseksa jiwa aku berhadapan situasi macam tu. Makin tertekan, makin banyak aku menyendiri, makin banyak aku menangis , dan makin banyak aku berfikir untuk mencari jalan keluar dari keserabutan yang ada. Aku bukan tak bersyukur dengan result aku tapi jangkaan aku sedikit meleset bila subjek yang aku selalu A+ jadi B+,  dan yang aku selalu A atau A- jadi B siapa tak tension kan?

Masa aku tengah sedih, aku tak cerita dekat siapa-siapa pun sebab aku rasa aku boleh "menghalau" kesedihan aku tu sendiri. Bagi aku, biarlah sedih tu aku sorang je tahu. Kalau aku cerita pun belum tentu boleh ubah result yang dah pun di tangan aku . Jadi, aku terima apa sahaja tawaran yang aku rasa aku mampu untuk teruskan pengajian dalam bidang tu.

Kalau ikutkan hati aku, memang aku nak terima je tawaran dari IPTS yang dah banyak aku dapat tapi aku tetap  percaya yang aku masih mampu berada di IPTA. Apa pun tawaran yang datang dari IPTA, In Shaa Allah aku terima. Kalau dah tak ada IPTA nak terima aku, aku pilih untuk mencuba nasib melompat ke tingkatan 6 tapi kalau result aku tak laku juga untuk tingkatan 6 memang IPTS la jadi pilihan aku.

 Note :-
Aku lebih berminat dengan program yang ditawarkan oleh Politeknik berbanding universiti-universiti yang lain. Oooppss..Hehe. Apa-apa pun, kita merancang, Allah yang menentukan apa yang terbaik untuk kita.

No comments: