Sunday, April 7, 2013

http://www.smileycodes.infoPengorbanan Yang Sudah Terbalashttp://www.smileycodes.info

Dari Prof Dr Muhaya:

Saya berkesempatan untuk bertemu dengan ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kepada kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya. . .

 Apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak?

Jawab si ibu . . .
 "Sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau untuk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak untuk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun.

Suaminya akan menyediakan susu kepadanya untuk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya untuk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabila setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"

SUBHANALLAH...indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan???


Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID

Jadi pesanan kepada bakal suami tercinta,

Walid...oh...walid...sanggup tak buat macam dalam cerita dekat atas ni? HAHA(!)  

P/S:
 Setiap 2 minggu panggilan antara Haniey Jamaluddin dan IR.Aiman akan bertukar. Mulai 4/4/2013 sehingga 17/4/2013---> Walid & Umi. Sekian.
*Panggilan rasmi di antara kami, biarlah menjadi rahsia.HAHA(!)*

No comments: