Tuesday, April 2, 2013

http://www.smileycodes.infoResult SPM 2012 kitahttp://www.smileycodes.info


*maaf, entri ini di publish agak lambat atas beberapa dilema yang sedang kita hadapai hari tu.*

okay! intro untuk hari ini...

Alhamdulillah.  Result SPM2012 sudah pun diumumkan. Walaupun result kita boleh dikategorikan sebagai “biasa-biasa” dan  mungkin bagi golongan bijak pandai ada yang mengatakan jugak result kita"macam teruk je", kita tetap bersyukur. Kita pun bukannya pandai mana pun jadi kita akur la dengan result yang dah pun di tangan walaupun sedikit kecewa sebab subjek yang selalu A split jadi B. Mungkin itulah keputusan yang paling terbaik untuk dunia dan akhirat kita. Macam ustaz kita cakap. . .
“Bila berdoa mintalah yang terbaik untuk dunia dan akhirat. Bila dah dapat apa yang diminta, terima dengan reda kerana itulah yang terbaik untuk kita dunia dan akhirat. Doa adalah senjata  seorang mukmin. Mungkin kadangkala keputusan yang kita terima tu bukan seperti yang kita harapkan tapi percayalah itu adalah yang terbaik untuk kita. Jangan putus asa dan teruskan melangkah.”
Awal-awal tu kita tension jugak tengok result kita tapi bila ingat kata-kata ustaz kita tu, kita terus cakap dekat diri kita. . .
“Haniey ! takpe ! teruskan melangkah. Awak kena terima dengan reda sebab inilah hasil dari  usaha awak ! Tak semestinya dengan result “biasa-biasa”  tu awak tak boleh berjaya . COME ON! “

p/s:-
Kepada kawan-kawan dan batch 95 , kita ucapkan TAHNIAH kepada semua tak kira apa pun result korang semua sebab kita tahu korang dah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang korang inginkan . So, jom teruskan langkah ke menara gading  bersama-sama! Moga kejayaan milik kita! iLoveYou! (^_^)

No comments: