Sunday, June 16, 2013

http://www.smileycodes.infoONLY Herself !http://www.smileycodes.info

 

Main point:- Dulu, aku malas nak letak link blog aku dekat twitter atau facebook sebab biasalah aku ni kan jenis meng-update ikut suka hati aku je. Segala topik atau benda yang jadi dalam hidup aku dan aku rasa aku nak share aku taip dekat blog ni. Hurrmm..aku dah terlalu banyak dengar suara-suara sumbang berkata-kata sampai buat aku down kadang-kadang. *Come on! Ni blog aku la! Suka hati aku la! *
 
 Jadi, dari situ aku tahu orang suka menilai ikut suka hati diorang je tanpa diorang kenal siapa aku yang sebenar. Bila makin banyak suara sumbang kedengaran, aku jadi malas sangat nak fikir dah dan terus ambil keputusan untuk "revert post to draft" macam apa yang aku cerita 2 atau 3 bulan lepas dan tukar link blog aku. "Konon" aku nak lari dari orang yang suka menghakimi perbuatan orang lain tapi sebenarnya tiada siapa pun dalam dunia ni boleh lari dari penilaian 'para juri awam'. *manusia lain*

Bagi aku, aku cuma nak jadi diri sendiri di blog rekaan aku sendiri. Aku bukannya golongan kreatif yang mampu menulis sajak atau puisi. Nak buat blog kutuk-kutuk orang? Nak bercakap pasal politik? Lagi la aku tak reti. Lagipun, aku masih di bawah umur untuk bercakap mengenai politik yang aku sendiri tak pernah faham apa yang berlaku sebenarnya.

Kau bab politik kira bawah umur, bab cinta kau tak fikir pulak kau tu bawah umur lagi? Berhingus lagi dah cakap pasal cinta!

Okey! Mesti ni la antara ayat orang yang suka judge aku nak cakap depan aku. HAHA(!) Tapi takpe. Normal la tu kan? Fitrah manusia nak sayang menyayangi. At least , aku membuktikan yang aku seorang manusia yang ada perasaan dan tak hipokrit!

Aku tak nak berlakon dalam blog aku sendiri konon aku la manusia paling sempurna dalam semua keadaan yang dah berlaku. Aku cuma nak jadi diri sendiri. Hari ni, aku memotivasikan diri aku untuk terima je semua komen termasuk dari suara-suara sumbang dan cuma ambil yang positif je. Komen negatif? Lantak korang la, aku tak nak  ambil tahu!
Kalau baca blog aku cuma nak fikir negatif pasal aku, sila-sila la click button 'X' di yang tertera dekat hujung skrin korang. Tolong bagi aku ruang untuk aku jadi diri aku. Aku taip pasal kisah aku dan si dia bukan untuk menunjuk aku dan dia la 'happy couple' dalam dunia ni tapi sebenarnya setiap kali aku menaip kisah aku dengan dia yang junior aku klasifikasikan sebagai "sweet", ada muslihat yang aku ciptakan. Muslihat apa? Muslihat  untuk menutup aku yang tengah sedih atau ada masalah dengan si dia. 
Aku cuma mencari cara menyedapkan dan memujuk hati aku yang tengah merajuk atau bersedih tapi yang orang akan judge aku sebab result aku biasa-biasa je semuanya sebab aku couple. Haiishh..Aku dengan dia dah lama dah kenal kot kalau result aku nak lingkup , dah lama lingkup dari dulu lagi.

Apa-apa pun, untuk memotivasikan diri kita perlukan inspirasi dan aku nak berterima kasih kepada cousin and also my junior yang comel  dengan blog dia yang comel jugak! Dia cuma jadi diri dia. Tak cover apa-apa pun dalam blog sendiri. *She inspire me to be who I am*
waniesabri.blogspot.com
1. . . 2 . . . 3 . . .Owner of this blog will turn to be herself! In Shaa Allah.

p/s:-
Manusia memang suka melihat sudut negatif diri orang, jadi kenapa perlu takut dengan pandangan mereka? Kita adalah kita. Ambil yang jernih dan buang yang keruh. Semoga hari-hari yang mendatang lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. Amiinn~

No comments: