Wednesday, July 17, 2013

http://www.smileycodes.infoWalau aku tak pernah bayangkan. . .http://www.smileycodes.info


Tiada pelajar cemerlang yang cukup tidur.
Hai ! Syukur Alhamdulillah dah hampir sebulan aku berpijak di Negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan) di samping menggalas tanggungjawab serta satu matlamat iaitu menjadi pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam masa 5 tahun lagi. In Shaa Allah. Doakan ye. Ini adalah entri pertama aku setelah menyambung pelajaran di peringkat pengajian tinggi.
Terima kasih kepada semua yang menyokong diri ini. Walaupun pada awalnya memang ada sedikit keraguan untuk berada di sini memegang tanggungjawab bergelar bakal seorang pendidik. Dulu, kalau ikutkan hati aku memang aku nak berpijak di IPTA mengikut saja tawaran UPU yang diberikan tapi aku tahu apa kelemahan aku, jadi aku tak mahu memperjudikan masa depan aku. 
Alhamdulillah, setelah aku meminta petunjuk berkali-kali, akhirnya  DIA berikan jawapan ketika syaitan-syaitan sedang seronok menjentik keraguan di hati aku. Inilah destinasi aku. Inilah yang terbaik. Aku terima segalanya. Aku seronok dengan kehidupan aku walaupun ini terkeluar dari perancangan aku. Ya! Aku percaya perancangan ALLAH itu lebih indah. Dulu, aku tak pernah bayangkan aku bakal menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan serta berada di bawah naungan institut perguruan dan pendidikan tapi kini itulah aku. 
Bila aku mula tertekan sebab tak cukup tidur untuk siapkan kerja-kerja yang semakin hari semakin menimbun. Aku selalu ingatkan diri aku dengan kata-kata di atas. Kata azimat pensyarah 'Critical Thinking' aku yang mesra dipanggil Cik Noor yang berkelulusan master dalam bidang BioMedic. 
Note:-
Kau ada dikala ku suka, dikala ku duka, di setiap tangisan dan juga ketawa~ 
Rindu family, kawan-kawan, guru-guru dan semua yang lain ! Terima kasih kepada semua yang selalu ada untuk aku. I love you !

No comments: