Friday, August 30, 2013

http://www.smileycodes.infoInilah pengorbananhttp://www.smileycodes.info

Alhamdulillah, aku masih bernafas lagi hari ini. Hari ni hari Jumaat sehari sebelum menyambut merdeka. Alhamdulillah, Malaysia berada dalam keadaan aman dan damai. Moga kedamaian ini berterusan.
Hostel dah pun senyap sunyi sebab ramai penghuninya dah pun mengangkat kaki untuk pulang ke negeri asal masing-masing untuk meraikan kemerdekaan bersama dengan keluarga tersayang sejak semalam lagi tapi aku masih di sini. Di negeri Cik Siti Wan Kembang meneruskan langkah , meneruskan perjuangan , dan  memantapkan hati serta jiwa menghadapi dugaan yang makin mencabar.
Rindu ku padamu(ibu dan ayah) menandingi segalanya....tak kala hati memberontak terasa ingin sekali meninggalkan medan perjuagan ini..Minda menegur "tidak mahukan kamu melihat senyuman di wajahnya bila kau sudah berjaya?" Persoalan minda kepada hati menyedarkan aku.. Sesungguhnya aku sulami perjuangan ini dengan tangis tawa menahan rindu ku kepada keluarga dan kegagalan aku yang lalu akan berakhir dengan kemenangan di masa hadapan..
Pernah aku terfikir untuk balik semua ke negeri kelahiran aku (Selangor)  tapi aku bersyukur kerana ALLAH titipkan aku kekuatan untuk bertahan di sini. Sebentar tadi, aku terbaca status Facebook rakan seperjuangan aku yang berada di Negeri Di Bawah Bayu, status berkenaan sedikit sebanyak menyegarkan semula semangat aku untuk tetap berjuangan di medan ini.
Terima kasih Ya ALLAH kerana hari ini kau paparkan penglihatan aku dengan berkeping-keping gambar kejayaan senior-senior ku yang berani dan tegar menyahut cabaran untuk merantau ke negara orang lain.Antaranya :-
Abang Shah-Tokyo Institute of Technology 
Kak Hayyan-Yeungnam University
Abang Hazim-University of Auckland
Abang Irfan-Alexendria University
Terima kasih kepada mereka kerana mereka adalah wasilah yang menjadikan aku berfikir kemanisan yang bakal menjelma 5 tahun lagi.
Doakan aku berjaya di sini.
NOTE:-
Inilah dinamakan pengorbanan seorang pelajar.
Moga kejayaan milik aku dan kamu.
In Shaa ALLAH.

No comments: