Wednesday, December 4, 2013

http://www.smileycodes.infoWahai Manusia. . .http://www.smileycodes.info

 
Hye!
Entri ini bukan entri pergaduhan antara couple k? Jangan salah anggap.

Semakin aku bersabar, semakin kau mencabar aku kan manusia?!
Yes! Kau berjaya buat aku tercabar dengan perangai kau !

Akhirnya, aku nak ucapkan terima kasih dekat kau sebab memudahkan aku buat keputusan yang mungkin agak drastik dan luar biasa.

Aku pilih untuk tarik diri dan aku nak tengok sejauh mana kau punya ke-poyo-an tu boleh bertahan.

Aku pelik sangat kenapa kau nak poyo sangat sejak duduk dalam group dekan ni?
Hari tu, aku ingat aku je terasa dan aku pilih untuk diam tapi bila setiap kali aku jumpa budak sekseyen yang sama dengan aku dan kau masa semester 1 yang lepas, semua pakat mengadu pasal kau.

Kau dah mula terasa yang kau bukan macam manusia yang aku kenal masa semester 1 dulu.
Semester 1 dulu, kaulah manusia yang paling senang nak bertoleransi tapi sekarang kaulah manusia yang suka buat kepala dan yang paling menyampah. . .aku nak cakap dekat kau ni je. . .
 "Pehal kau suka jeling orang ha?!"

Tolonglah sedar wahai manusia oii. . .

Hoi manusia! Come on! Aku pun budak group kau k?! Kalau kau dean list , kira aku pun dean list la kan? Apa beza kau dengan aku sekarang ni?

Maaf sebab assigment kali ni, aku terpaksa tarik diri. 

Aku pilih untuk buat secara individu untuk elak aku terus sakit hati dengan perangai 'mereng' kau tu.

Aku ni manusia biasa dan aku tak mampu untuk terima segala apa yang orang cakap pasal kau.

Hari ni , orang cerita aku simpan. 
Esok , orang cerita aku simpan lagi.
Lusa , orang cerita lagi. Aku tak rasa aku mampu simpan lagi kot. 
Aku takut aku ter-sound kau direct terus je nanti.
Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, aku pilih untuk menjauh.
Note:-
 Walau kita di atas jangan sesekali pandang rendah pada orang yang di bawah kita, okey?


xoxo,
Hani Jamaluddin

No comments: