Friday, January 17, 2014

http://www.smileycodes.infoHari Serabuthttp://www.smileycodes.info

 
Guling-guling. Pusing-pusing. Lompat-lompat. Lari-lari anak. Termenung sana. Termenung sini. Otak aku tak mampu berfikir dengan waras. Tak mampu untuk study dengan tenang tapi aku berharap aku mampu untuk tenang.
 
Hari ni hari serabut. Sekarang ni aku cuba berdepan realiti. Cuba menghadap buku tapi tetap macam takde guna. Mata nampak tulisan. Bibir mampu menyebut tapi otak tak mampu untuk terus mensintesis dan menganalisis maksud sebenar. Arrgghh!

Nak menjerit!
 
Nak nangis!
 
Nak tahu siapa disebalik semuanya.
 
Aku dah lama tak online Facebook pertama *aku dah deactive sebelum ni* dan Skype aku *aku dah lama tinggal sebab aku lupa password* tapi aku pelik macam mana pula orang nampak aku online tengah malam. Ada yang pernah tegur "aku" tapi  "aku" yang online tu tak reply pun sampai ramai yang kata aku sombong. Wttfroogg!  *Selamat kawan-kawan aku bijak pandai whatsapp aku tanya...Kalau tak terus-terusan la aku kena label sombong.*

Aku tak tahu berapa kali nak tukar password Facebook dan aku pernah sampai deactive dan semuanya wujud semula. Wah! Wah! Tak sangka ada juga manusia yang sayang aku sesangat-sangat sampai sanggup online untuk aku. Terima kasih ye awak..

xoxo,
Hani Jamaluddin

No comments: