Friday, March 28, 2014

http://www.smileycodes.info 10% Sahaja Mungkin http://www.smileycodes.info


 

 
Aku boleh tipu orang lain tapi aku tak mampu untuk tipu diri aku. Dah terlalu banyak salah dah pun aku buat dan dah terlalu banyak yang aku abaikan. Mungkin keburukan itu melebihi daripada kebaikan yang aku lakukan.

Kekadang aku terasa yang aku tak larat dah nak mendapani masalah dan rahsia yang timbunannya semakin lama semakin tinggi. Setinggi KLCC. Orang selalu fikir apabila mereka kenal dan rapat dengan aku, mereka tahu semua tentang aku. Terus terang aku katakan SALAH!
 
Apa yang mereka tahu tu hanya sebahagian kecil daripada hidup aku. 10% sahaja mungkin. Hidup aku tak seindah yang mereka dan kau lihat. Aku banyak bercakap. Aku banyak gelak. Aku banyak memendam. Aku ada misi tersendiri yang biar kekal menjadi rahsia aku selain meneruskan perjuangan menjadi pendidik.

Cakap banyak tak guna. Biarkan terus tersimpan. Lepas misi aku dah berjaya. Bila aku dah bersedia. Kau dan mereka akan tahu perkara sebenarnya,"apa itu agreement besar dalam kehidupan" yang akan buat kau berfikir rasional.

Doakan aku.

xoxo,
Hani Jamaluddin

No comments: