Wednesday, April 30, 2014

http://www.smileycodes.infoTerlalu Berharap. . .http://www.smileycodes.info

 
Mungkin salah kita sebagai manusia adalah bila terlalu berharap. 
Aku cakap macam tu sebab itu yang aku rasa sekarang. Terlalu berharap dan pengharapan aku tu tak menjadi dan itu yang aku harus alami. Mula penat dengan segalanya. Aku harap segalanya cepat berlalu. 


Aku cuba kawal emosi aku tapi kadang-kadang memang aku gagal ! GAGAL! FAILED! Aku tak salahkan sesiapa dan aku juga tak nak mempersoalkan apa yang dah jadi tapi aku harap segalanya pergi dengan cepat.
 
 
Hidup.
 
Pelajaran.
 
Kawan.
 
Pensyarah.
 
Cinta.
 
Persekitaran.
 
Segala macam lagi perkara. Semuanya menekan aku. Aku ingatkan kehidupan baru beri aku senyuman baru tapi agak kurang tepat jangkaan aku tu. Tak dinafikan ada yang mampu buat aku tersenyum tapi menangis aku lebih banyak daripada senyuman.

Tak indah seperti khabar angin dan bagi aku tak patut ada yang cemburu dengan kehidupan aku yang katanya indah-indah belaka. Aku manusia biasa. Merasai pahit dan merasai manis tapi aku percaya yang pahit itu akan bertukar menjadi manis suatu hari nanti. In Shaa Allah.
 
Tak mudah nak hadapi tapi aku tahu aku kuat untuk hadapi. Biarlah air mata jadi peneman setia aku di malam hari sekali pun. Aku dah putus harapan. Hati aku dah tawar. Malas nak cakap banyak tapi senang kata memang aku jadi macam tak berperasaan dah.


Apa pun jadi biar aku tanggung dan simpan sendiri. 
 
xoxo,
Hani Jamaluddin



2 comments:

Nurul R'roll said...

hyee , you got my tag :) sudikan menjawab yee , btw enrtry aku dah bace:)http://indieitujustmuzik.blogspot.com/2014/05/aku-kena-tag-on-liebster-award.html

Hani Jamaluddin @ http://hanizzaq.blogspot.com/ said...

thanks yea :)