Friday, June 27, 2014

http://www.smileycodes.infoSemester 4 Tahun 2http://www.smileycodes.info

Hye semua! Rerindunya kita dekat awokss! *wink3*
Sekarang ni aku tengah baring atas katil. Sedar tak sedar aku dah pun memasuki tahun kedua pengajian yang akan melayakkan aku bergelar "cikgu" beberapa tahun lagi. 


Tahun ni merupakan tahun kedua aku akan berpuasa di bumi Cik Siti Wan Kembang (Kelantan) bersama-sama teman seperjuangan. Jauh daripada keluarga, kaum kerabat, sahabat , dan insan-insan yang amat disayangi. Sejauh mana pun mereka, mereka tetap ada di hati aku. Selamanya.


Mula belajar untuk semakin tabah walaupun kekadang aku goyah. Cuba belajar untuk kuat walaupun kekadang aku lemah. Cuba belajar untuk maju walau kekadang aku kabur dek halangan kehidupan. Memang semua yang terjadi ada hikmahnya. Walaupun lambat, hikmah itu tetap ada. Aku percaya!


Sekarang aku bergelar pelajar semester empat tahun dua pengajian pendidikan. Bakal bergelar sarjana pendidikan suatu hari nanti. In Shaa Allah. Result semester tiga aku , Alhamdulillah masih mampu menjadikan aku antara penyandang anugerah dekan tiga semester berturut-turut. 
 
 
Sebenarmya, aku tak langsung rasa akan tergolong antara pemegang anugerah tiga semester berturut-turut atas sebab-sebab berikut:-
  • Aku main-main dalam kelas. Contoh: bersembang, main twitter dll.
  • Aku tak study selagi musim exam tak datang menghampiri.
  • Musim exam, aku study depan laptop. Contoh: Aku buka youtube cari cerita cartoon yang Bahasa Melayu (Hagemaru, Doraemon, Shin Chan dll) tapi aku tak tengok pun cerita tu. Aku dengar je. Mata aku, tengok nota. Tangan aku, catat ringkaskan nota.
  • Ada gaps, aku duduk pulun tengok korea atau cerita hantu atau cerita cinta atau apa-apa je la dengan roommate aku yang tersayang.
  • Sebelum masuk dewan, perrgghhhhh! Masa ni korang boleh tengok aku punya gelabah baca nota tak henti-henti kalau ada paper petang. Relakan diri tak pergi lunch janji baca nota. Itu pun sebab aku keluar dewan rasa nak nangis tengok orang lain tersenyum. Soalan senang kata mereka. Aku? Memang abcdefghijklmnopqrstuvwxyz punya soalan tadi. Huh!
 Tak kata aku hebat tapi itulah realiti rutin setiap kali musin peperiksaan nak berjumpa dengan aku. Letih tapi aku tahu, kalau takde yang pahit memang jangan mimpi la nak ada yang manis.
 
 xoxo,
Hani Jamaluddin

No comments: