Monday, July 7, 2014

http://www.smileycodes.infoGayut?http://www.smileycodes.info

 
 
Hari ni malas aku nak intro pepanjang bagai sebab aku tahu bukan ada orang baca pun blog buruk aku ni. HAHA(!)
Gayut? 
Kau tahu tak apa itu G.A.Y.U.T?
Gayut tu satu perkataan yang terdiri daripada lima huruf dan terkandung dua huruf vokal iaitu "A" dan "U".

Hari ni aku buat sedikit pengakuan berani mati aku buat kali ke berapa kali entah. Memang tetiap malam aku 'gayut' dengan si jantung hati tercinta termasuk parents aku dan si dia la. Kalau abang atau kakak aku , aku whatsapp je lebih senang.

Kalau kau tanya aku , aku cakap apa sampai hari-hari ada topik nak cakap sebenarnya aku cakap rutin seharian. Apa  yang aku hadapi dan segala pahit , manis, tawar , masin , masam dan sebagainya dalam hari berkenaan aku cerita. Simple je.

Pedulilah orang nak cakap aku apa pun, takde life ke, apa ke, I DON'T CARE. Walaupun, aku bakal pendidik atau lebih sinonim dengan panggilan "cikgu" , aku tetap manusia. Fitrah untuk bermanja  dan sayang-menyayangi itu tetap ada. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ye! Semester 1 aku main-main. Kecoh sana. Kepoh sini. Naik semester 2 dan sehingga sekarang, Alhamdulillah aku semakin serius di dalam bilik kuliah. Ini semua kerana aku percaya cakap seorang pensyarah a.k.a mentor aku. Mentor aku bagi nasihat kepada semua mentee beliau sebab biasalah dah naik jadi senior mula tunjuk belang. Datang lambat. Kena surat amaran. Kerja 24 jam dating tak kira pagi, petang , siang , dan malam.
"Ya, awak masuk sini dapat biasiswa tapi jangan awak lupa setiap titis peluh mak bapak awak menghasilkan setiap sen untuk mendidik awak sehingga kini awak bergelar bakal pendidik. Awak rasa kalau daripada kecil mak bapak awak kata tak payah pergi sekolah , awak berjaya? Masa tadika, ada ke biasiswa? Tak ada. Itu semua titik peluh mak bapak awak. Belajarlah, beri kejayaan kepada mereka supaya mereka tak rasa ralat berhabis sebab dia nampak awak berjaya walau dia tak tunjuk. Belajar ini amanah mereka kepada awak apabila awak berada di sini. Awak lalai, main-main..Tunggu di akhirat sana. Jangan sampai setiap sen hasil titisan peluh mak bapak awak datang mempersoalkan semula apa yang awak lakukan."

Sentap juga kalau dengar ayat tu mula-mula kan?
Bila aku duduk sorang-sorang masa nak study final semester 1, aku terfikir kebenaran disebalik kata-kata pensyarah aku tu. Aku hormat dia sebagai emak aku walaupun beliau belum mencecah umur 30 tahun. Hari bertukar hari berganti tarikh demi tarikh , result semester 1 pun diumumkan.
Di situlah, akal aku mula mentafsir bahawa aku perlu lebih serius. Alhamdulillah, semester 1 aku 3.5 ke atas. Aku pemegang anugerah dekan yang aku sendiri mampu labelkan sebagai "pemegang anugerah dekan atas pagar". Silap hari bulan bila tiba angin monsun tiba , memang conform aku melayang tanpa dikesan. Bukan tak bersyukur tapi sebenarnya aku kecewa dengan diri aku sendiri. Terlalu bermain sehingga aku hampir menggagalkan diri aku sendiri untuk selangkah maju kehadapan lagi.Aku tak kata, tak dekan tak boleh berjaya. Ini cuma perasaan seorang insan (aku) yang hampir tak mampu menggapai matlamat kerana kebodohan sendiri. Matlamat punya gah tapi usaha tak ada langsung. Macam mana nak berjaya kan?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Berbalik kepada topik asal. Aku tak rasa yang gayut tu penghalang suatu kejayaan. Hidup ni kan pilihan bukan ketentuan. Bagi aku, kalau aku sibuk dengan tugasan sebagai seorang pelajar aku akan ketepikan sesi gayut aku tu. Cukup sekadar bercakap, 5 minit dan mulakan kerja semula ataupun sambil bercakap aku boleh tetidur dan itulah penamat untuk hari tersebut. Terpulang kepada masing-masing dan ini mungkin cara terbaik untuk aku mengelak daripada terjebak kekancah pergaulan sosial yang negatif

 Alhamdulillah, walaupun aku boleh dikategorikan dalam golongan yang mengamalkan kehidupn sosial tapi aku mampu lari daripada masalah disiplin. Hidup aku di sini (Kota Bharu, Kelantan) hanya KULIAH dan BILIK aku. Kekadang, TESCO LEMBAH SIREH beli barang memasak dan keperluan. Seingat aku, aku baru 2 kali ke Wakaf Che Yeh sepanjang 3 semester penuh aku di sini. Pasar Siti Khadijah tu selagi aku tak balik cuti semester memang aku tak jejak. KB Mall pun boleh dikira dengan jari lagi. Adalah dalam 4 atau 5 kali.


Note:-
Gayut tu gayut juga tapi ingat Allah dan study tu tetap NO.1

xoxo,
Hani Jamaluddin

No comments: