Friday, September 19, 2014

http://www.smileycodes.infoSekali Lagi Bertemu...http://www.smileycodes.info

 
Alhamdulillah, 090914 sekali lagi aku naik stage jumpa pengarah. Sangat terharu! Aku ingat lagi, masa semester 1 , time aku naik stage tu pengarah cakap dekat aku...
"Semester depan awak naik stage lagi ye. Saya nak awak naik stage lagi. Jangan biar ini yang terakhir. Awak berpotensi untuk terbang jauh nanti ".
 Aku sendiri mengaku aku bukanlah pelajar yang cemerlang dari zaman persekolahan. Result sekadar cukup makan je orang kata. Cuma berbekal semangat nak bangun dari kegagalan lampau dan harapan ibu ayah je jadi penguat hati. *Result semester 1 aku pun , boleh kata atas pagar jugak. Dekan atas pagar macam entri sebelum ni. Senang cerita kalau angin bertiup arah berlawanan memang Innalillah la jawabnya.*

Biasalah. Nama pun pelajar. Masalah peribadi dan assigment memang seiring sejalan la. Siapa kata tak ada masalah tu memang aku respect sangat la. Memang POWER !

Sekarang aku pelajar jurusan pendidikan semester 4. 090914 tarikh keramat bagi aku bila aku naik stage dan jumpa pengarah sekali lagi. Ya! Sekali lagi bertemu untuk scroll 3.84 aku. Dia senyum tengok aku. Aku tak pasti dia ingat atau tak aku ni la budak yang dia bagi semangat untuk 'terbang' suatu hari nanti. 

Semester 2 , aku alhamdulillah dekan juga tapi aku tak dapat ambil scroll dengan pengarah pun sebab pengarah ada urusan luar jadi aku jumpa dengan dekan fakulti aku sendiri. Tu pun satu kebanggaan dan pembakar semangat aku.

Alhamdulillah atas semua yang aku dapat. Aku pernah gagal. Aku pernah buat ibu ayah kecewa dulu tapi untuk kali ni, aku takkan sia-siakan peluang yang ada! Aku janji aku akan cuba tak jatuh daripada 3.5 sehingga perjuangan terakhir aku !

Sebelum ke perjuangan terakhir nanti, aku harap semester 4 aku mampu bawa aku sekali lagi ke stage impian semua insan bergelar pelajar. Tak kira la dengan siapa pun yang akan sampaikan scroll  untuk aku. In Shaa Allah.

Note:-
Nak 1000 daya tak nak 1000 dalih.
xoxo,
Hani Jamaluddin

No comments: