Wednesday, October 22, 2014

http://www.smileycodes.infoIstiqamahhttp://www.smileycodes.info

 
 Alhamdulillah...
Dah genap 1 bulan 2 hari aku menjadi pemakai tudung bawal bidang 60.
Kalau kau tanya aku, kenapa mesti ulang tahun kelahiran yang ke-19?
Kenapa tak dari dulu atau yang ke 18 atau mungkin yang ke 20 atau mungkin selepas kahwin atau dan atau yang lain?
Secara jujurnya, aku tak mampu menjawab kerana aku cuma manusia biasa yang melalui fasa-fasa dalam kehidupan.
Disebalik perubahan mesti bersebab kebiasaannya dan aku juga begitu.

Semuanya bermula beberapa minggu sebelum tarikh keramat 20 September 2014 yang bakal menggenapkan tempoh 19 tahun aku bernafas di bumi Allah.
 Pada masa tu (beberapa minggu sebelum 20 September 2014) , itulah kali pertama aku sarungkan tudung bawal bidang 60 pada kepala aku sepanjang bergelar siswi.
Sebelum ni, aku cuma bertudung labuh semasa pergi ke sekolah sahaja.
Kenapa? Sebab aku dah lambat nak ke kelas. Aku pinjam tudung kakak senior a.k.a roommate aku.
Kakak yang sebilik dengan aku ni  memakai tudung bidang 60 sebenarnya.
Aku masih ingat bait ayat ni  "Akak dulu pakai bidang 45 , lilit - lilit juga tapi bila naik semester , kiranya Hani semester 2 masa tu, 1st time kita jumpa tu akak baru mula pakai bidang 60 sampai ke sekarang masih pakai. Alhamdulillah."
Macam mana boleh lupakan? Malam ni dia cerita. Esok tu aku lambat bangun sampai tak sempat iron tudung. Baju main capai apa yang ada je. Tak tengok cermin pun. Main rasa "okay-okay je kot".
Bila kakak tu tawarkan pinjam tudung dia, aku terus je angguk dan sarung tanpa fikir apa-apa sebab mengejarkan presentation aku pagi tu.
Masa lepas presentation tu, aku lalu dekat satu sudut dekat kolej yang ada cermin besar.
Aku terpandang cermin tu dan masa tu terbit suatu rasa.
Aku tak faham apa yang aku rasa. Nak kata aku suka tengok aku pakai tudung tu macam tak. 
Nak kata tak suka pun macam tak. Nak kata pelik macam tak pelik tapi entahlah...
Susah untuk diperkatakan.
Aku berfikir, mentafsir dan akhirnya aku temui jawapan.
Aku kuatkan diri untuk berubah walaupun trend tudung masa kini menggugat aku.
Aku bermonolog sendiri "Kalau kau tak berubah sekarang, bila kau nak berubah?"
Berhari-hari aku fikirkan sehingga maghrib 20 September 2014, aku suarakan hasrat bertudung bawal bidang 60 kepada kakak bilik  aku. Dia sokong aku.
Dia cakap "Takpe, mula perlahan-perlahan. Hani tak jumpa akak masa Hani semester 1. Masa tu akak kejap bidang 45 kejap  bidang 60."
Aku cuma manusia yang jahil ingin bertukar menjadi yang lebih baik.

Aku berubah bukan kerana manusia.
Memang suatu masa dahulu, aku pernah cakap "aku akan bertudung selepas berkahwin."
Buktinya, sampai sekarang aku tak kahwin-kahwin.
Jadi, adakah aku berubah kerana manusia?
Kau pun mampu faham apa yang aku perkatakankan?
Tak perlu aku terangkan dengan panjang lebar.

Dari tak bertudung, pakai selendang , pakai tudung indon, dan tudung bawal bidang 45.
Akhirnya, hari ini bidang 60. Aku mencuba untuk berubah.
Mewujudkan transformasi diri ke arah positif.
Keluarga dan kawan-kawan menjadi pendorong utama.
Mereka beri semangat tanpa henti untuk aku berubah.
Mereka tak pernah jemu menyokong aku.

Ada yang tanya "Bila Hani nak berniqab pula?"
Aku jawab, "Suatu masa nanti. Bila Hani rasa Hani dah cukup mampu untuk beristiqamah."
Aku bukan tak mahu berubah terlalu drastik tapi biar aku istiqamah dengan apa yang aku lakukan sekarang ni.
Terima kasih Ya Rabb.




Note :-
Berubah biar kerana Allah ^_^

No comments: