Tuesday, December 16, 2014

http://www.smileycodes.info...Terlukisnya Sebuah Kisah Impian...http://www.smileycodes.info

 
 
Mengejar impian tu tak mudah tapi aku yakin aku mampu!
Aku yakin Allah akan tolong aku seperti mana dia menolong aku sebelum ini. Allahuakbar!
Walaupun beribu halangan datang, aku masih tetap dengan impian  baru aku bergelar pendidik.
Sekarang dah bergelar pelajar Basic Education *In Shaa Allah menjejak kaki ke level degree 2016 nanti*
Terkenang kisah bagaimana kisah impian menjadi pendidik ini tertanam.
Penuh pancaroba. Penuh tangisan. Penuh kekecewaan.
Sekarang aku akan kejar cita-cita aku dalam sehingga tahap tertinggi (PhD).
Bukan mengejar sesuatu yang tak tentu lagi aku kotakan tetapi mengenggam semangat  untuk bangkit daripada kegagalan yang aku cipta beberapa tahun dahulu (2012).
Aku yang telah  merosakan impian aku sendiri sebelum ni.
Angan-angan menjadi peguam bela , kalau tidak pun bergelar arkitek tapi dek main-main aku terkandas sebelum bermula.
Namun, Allah tak pernah sia-siakan aku, Dia buka satu jalan walaupun ada awalnya hati aku menolak sekeras mungkin untuk bergelar pendidik.
Benarlah kata orang tak kenal maka tak cinta. Aku mendaftar diri tanpa semangat, tanpa rasa gembira, tanpa merasa apa-apa kecuali hampa pada saat itu.
Aku seakan menyalahkan takdir tapi minda tetap ligat mencari ayat-ayat penyedap hati.
"Cikgu ni ibu segala pekerjaan. Okay la tu. Hebat apa?"
"Cikgu ni pahala sampai akhirat. So, kuatkan hati. Kau kena ajar ikhlas-ikhlas tau! Lawyer / arkitek tak dapat apa kau dapat ni."
Saat ini, aku bergelar pelajar  persediaan Basic Education
Aku mula lihat hikmah disebalik kejadian walau kadangkala penyesalan masa lalu masih singgah menjenguk ruang hati membawa bayu kenangan silam.
Saat ini, hati mula kuat menghentam semula perasaan negatif dan cuba membawa aura positif ke dalam diri.
Saat ini, aku genggam semangat untuk berjaya untuk kembalikan semula harapan ibu dan ayah kepada aku.
Alhamdulillah, hari ini aku hampir mengembalikan semula di wajah ibu dan ayah.
Memang pointer aku tak sebanyak orang lain tapi aku mampu dengar suara kegembiraan mereka apabila surat jemputan ke majlis anugerah dekan sampai ke tangan mereka di rumah.
Walaupun mereka tak boleh hadir ke majlis tu, aku tahu mereka gembira.
Aku faham, mereka berdepan kekangan masa.
Selangor dan Kelantan.
Sangat jauh tempoh perjalanan yang diambil. 
Aku percaya mereka gembira dengan apa yang aku cuba dapatkan untuk mereka.
Mustahil ada ibu bapa yang tak mahu anak mereka berjaya.
Aku tak mahu, kegembiraan mereka hanya terhenti di sini.
Sudah 3 semester aku cuba mengekalkan rentak permainan, aku harap result semester 4 aku yang akan diumumkan beberapa hari lagi mampu berikan mereka senyuman lagi.
Aku bimbang aku tak mampu mengekalkan rentak permainan yang aku aturkan ini.
Aku tak mahu titiskan air mata mahupun menyentap rasa gembira di dalam hati mereka lagi.
Disember 2015 bakal menjadi penamat untuk aku bergelar pelajar Basic Education.
Aku mahu grad dengan nilai PNGK/CGPA yang cemerlang.
Aku mahu mereka lihat aku berjaya seperti kakak, abang, dan adik aku.
Kenapa adik aku?
Memang dia tak menjejakan kaki ke universiti lagi tapi aku lihat perkembangan akademiknya sangat memberangsangkan. Sekarang, bergelar pelajar SEMASHUR (SMS Hulu Selangor).
Aku selalu ingat ayat adik aku,
"Ciksu lagi pandai daripada Amin. Tengok la,Ciksu tak belajar pun boleh score. Amin tak tahu la macam mana nak jadi macam Ciksu"
Bila aku teringatkan ayat adik aku ni, mesti aku sebak.
Sebak sebab aku salah guna kelebihan yang  Allah berikan kepada aku.
Aku terlalu hidup dalam keseronokan dunia.
Sejak aku kenal apa itu pendidik. Apa itu tanggungjawab pendidik. Apa itu kepayahan mendidik. Apa itu kanak-kanak. Apa maksud guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menyinari orang lain.
Aku tanam azam dalam diri. Penuh nekad. Cuba selagi mampu. Bangun daripada kegagalan. Berikan senyuman tanpa batasan kepada ibu dan ayah. Aku tak mahu mereka hanya tersenyum kerana anak-anak mereka yang lain. Aku tak mahu banyak tapi cukup aku jadi secebis daripada
mereka. Jika bukan secebis, cukuplah menjadi secalit kebahagian dalam hayat mereka.
Percaya atau tidak, di blog inilah tertulisnya sebuah kisah impian.
 
xoxo,
HaniJamaluddin
 
Note:-
Aku tak mahu gagal lagi!

No comments: