Saturday, March 7, 2015

Oh! Para Pendidik! Cekalnya hatimu!

 

Alhamdulillah, sudah hampir tiga bulan menjengah ke tahun 2015. Sedar tak sedar zaman belasan tahun aku dah sampai ke penghujung. Kini, akan berusia 20 tahun pada bulan September nanti. In Shaa Allah. Hampir berakhir tempoh persediaan bergelar pendidik. Selepas ni, In Shaa Allah melompat ke alam degree. Tugasan semakin hari semakin bertimbun. Inilah dugaan. Aku harap aku mampu.

Semakin besar kita semakin kita faham erti hidup. Semakin kita bersyukur dengan bebelan seorang wanita yang bergelar ibu. Baru kita faham apa makna disebalik bebelan yang kita benci untuk mendengarnya sebelum ini.

Aku tak tahu sama ada aku je yang rasa atau orang lain pun sama. Kalau aku faham dahulu pun mungkin kerana aku bakal pendidik yang terpaksa berhadapan kerenah kanak-kanak. Sukarnya untuk mendidik seseorang kanak-kanak tu, aku mampu katakan Allah je yang tahu sukarnya bagaimana.

Aku menaip mengikut pengalaman sepanjang aku keluar menjalankan tugasan lapangan atau lebih senang disebut sebagai workplace practices. Masuk semula ke sekolah walaupun bukan sekolah yang pernah aku belajar kerana masuk atas gelaran seorang cikgu. Masuk ke situ dengan niat untuk mendidik dengan ikhlas tapi dugaan nak mengikhlaskan hati tu sukar sebenarnya. Rasa dah cuba sedaya upaya tapi tiba-tiba ada je yang tak kena.

Kerenah kanak-kanak memang la mencabar mental dan fizikal seorang cikgu. Ada yang senang beri kerjasama dan ada juga yang sebaliknya. Ada yang mahukan perhatian lebih daripada yang lain. Ada juga yang mahu kita duduk di sebelahnya tanpa berganjak. Ada yang tak mahu bercakap. Ada yang terlebih cakap. Ada yang main roket dalam kelas. Ada yang perlu dipujuk dan di panggil sayang. Tak kurang dengan adanya yang melawan.
Masa aku lalui onak dan liku serta ranjau berduri tu sakit , perih , payah , gembira , terhibur dan lain-lain lagi , terdetik di hati aku...
Oh! Para pendidik! Cekalnya hatimu!
*Memang wajar kau dikatakan bagai lilin yang sanggup membakar diri untuk menerangi kehidupan orang lain.*

Ayat di atas ni, aku tujukan kepada semua para pendidik serta bakal pendidik masa hadapan. Aku terus terang, pada mulanya aku memang tak berminat jadi pendidik sebab aku suka benda yang mencabar tapi masa tu aku tak nampak yang cabaran pendidik tu sangatlah mencabar! Kata orang tak kenal maka tak cinta , dah kenal kau tahu la apa dia yang kau kena hadapi.


Akhirnya, aku belajar dari kesilapan tafsiran minda aku. Aku tak peduli apa yang orang lain mahu katakan kerana aku faham apa itu erti sebenar seorang pendidik. Aku harap yang lain tak kan berfikir semudah apa yang aku fikirkan tentang dunia seorang pendidik yang nampak mudah tapi sebenarnya sukar. Sebelum tu, aku nak ingatkan ya..Mengajar itu mudah tapi mendidik itu sukar. Aku dah rasainya sendiri.
Note:-
Terima kasih ibu, ayah, family, cikgu serta pensyarah, rakan-rakan dan semua yang menyumbangkan ilmu serta tunjuk ajar kepada aku.
xoxo,
HaniJamaluddin

No comments: